Khamis, 16 Januari 2014

Pameran BukaMinda, Staf Fssr Uitm Perak 2014

Pameran kami merupakan pameran tahunan  yang diadakan setahun sekali, bagi mengenegahkan staf Fakulti senilukis senireka(fssr) uitm Perak di gelanggang seni visual. Pameran ini bertajuk Pameran Kami Buka Minda mempamerkan lebih dari  lima puluh karya seni visual staf fssr. Pameran ini mengabungkan  lima bahagian senilukis dan senireka yang berbeza. Terdiri dari jabatan grafik dan media digital, jabatan seni halus, jabatan fotografi, jabatan seramik dan jabatan fashion.

Zaharah Jaafar dari jabatan fashion menggunakan dua panel karya yang berasaskan fabrik menghasilkan karya menggunakan dominasi warna oren. Karya ini mengenegahkan isu aurat wanita sebagai topik utamanya.

Berlatarbelakangkan pereka grafik Nurhisham Ibrahim, membuat satu kejutan baru dengan berkarya menggunakan arca. Melalui pameran ini Nurhisham mempamerkan model arca yang dihasilkan beliau melalui projek disertasi Phd.  Disertasi phd yang menggunakan projek merupakan antara penyelidikan popular masakini. Di Australia penyelidikan berorientasikan projek dengan antar displin menjadi satu amalan perkembangan keilmuan. Nurhisyam dengan berlatarbelakangkan grafik telah mengabungkan displin seni halus iaitu pengarcaan. Beliau menghasilkan arca melalui kajian teknik anyaman orang asli pulau Carey. Arca tersebut digabungkan dengan taipografi grafik merupakan satu persembahan baru kedua-dua bidang tersebut.


Sementara itu Aznan  Omar menggunakan isu kanak-kanak sebagai  olahan karyanya. Beliau menghasilkan karya dengan menggunakan teknik tuangan aluminium. 

Daud Rahim pula menggunakan kepingan aluminium yang diketuk sehingga membentuk serangga, lalu digabungkan dengan model kereta kecil, membentuk objek seakan tranformer. Objek tersebut diwarnakan    dengan terang.